BAB 16
Melihat
wajah Hasmieza yang cukup ceria di atas pelamin, tiba-tiba rasa sayu menyelinap
di sudut sanubarinya. Dia pernah berada di tempat yang sama bersama Hisyam.
Berada di tempat yang sama di dalam situasi yang berbeza. Hasmieza cukup
gembira membina istana cintanya, sedang dia… saat dia bersama Hisyam di atas
pelamin, dia cukup keliru. Cukup takut untuk menempuh alam perkahwinannya yang
kelam.
“Ayu… are you alright?,”
Idayu tersedar dari lamunan.
Renungan mata Hisyam yang redup memaksa dia mengukir senyum. Perlahan dia
mengangguk. Agak lama Hisyam memerhati tingkah Idayu sebelum dia tersenyum kecil.
Matanya lari ke pelamin yang dihias indah.
“Pasangan yang sepadan. Kan?,”Hisyam
bersuara sambil matanya terus memandang ke arah pengantin yang sedang
bersanding.
“Ya..,”jawab Idayu sepatah. Bukan
seperti kita dulu…hatinya berdetik pilu.
Sekali lagi pandangan Hisyam jatuh
ke wajah Idayu. Wajah itu kelihatan agak murung. Seperti biasa, kemurungan
Idayu akan membuat dia tertanya-tanya sendiri akan puncanya. Resah kalau-kalau
dia yang menjadi punca kemurungan itu. Ternyata semakin lama, semakin sukar untuk
dia menduga sikap Idayu. Emosi isterinya semakin sukar ditebak. Dalam senyum
tiba-tiba wajah itu boleh berubah muram.
“Kenapa tak makan?,”Hisyam bersuara.
Cuba menarik perhatian Idayu. Idayu sedikit tersentak mendengar soalan Hisyam.
Lamunannya mati tiba-tiba. Segera dia tunduk memandang pinggannya yang masih
penuh dengan nasi minyak. Belum berusik. Dia tersenyum kecil.
“Lupa,”jawabnya sepatah membuat
Hisyam ternganga kehairanan.
“Lupa?,”soal Hisyam sambil tergelak
kecil. Jawapan Idayu kedengaran lucu di telinganya. Idayu tersenyum lagi.
Hisyam terus merenung wajah lembut itu. Bahagianya dia melihat senyuman itu.
“Kenapa sebenarnya ni?,”
“Seronok tengok Mieza bersanding,”
Hisyam tersenyum sambil menyambung
suapannya yang terhenti. Idayu sekadar memandang Hisyam yang asyik menikmati
nasi minyak berlaukkan kurma daging.
“Atau… nak abang suapkan?,”soal
Hisyam spontan sambil menyuakan sudu ke mulut Idayu. Idayu mengelak sambil
tersenyum kecil.
“Abang… not here…,”ujar Idayu separuh berbisik. Dia memandang sekeliling.
Bimbang kalau-kalau ada tetamu yang menyedari tindakan Hisyam. Hisyam cuma
tergelak kecil melihat wajah Idayu yang merona merah. Dia tahu Idayu kurang
selesa kalau kemesraan antara mereka ditonjolkan di khalayak ramai. Tetapi,
sesekali melihat wajah Idayu memerah menahan malu, membuat dia seronok.
“Kenapa? Takut ada yang
cemburu?,”sakat Hisyam nakal.
“Takut pengantin yang cemburu
nanti,”ujar Idayu selamba. Tangannya perlahan mencapai sudu dan garfu di pinggan. Baru sahaja ingin menyuap
nasi ke mulut, dia kaku seketika. Kaku tatkala pandangannya berlaga dengan
renungan yang sudah lama dia lupakan. Borhan berdiri di satu sudut dan sedang
memerhatinya dari jauh. Dia dapat melihat senyuman yang terukir di bibir lelaki
itu. Dia yakin, senyuman itu untuknya. Entah kenapa, melihat senyuman itu dia
terasa bagai ada belati yang menyebat hatinya. Pedih dan menyakitkan. Selama lebih
tujuh tahun dia melupakan Borhan, rupa-rupanya dia masih belum dapat melupakan
kesakitan yang ditinggal Borhan untuknya. Dia tidak dapat melupakan kecurangan
Borhan. Dia tidak dapat melupakan sandiwara Borhan. Dia tidak dapat melupakan
pembohongan Borhan. Ternyata segala kenangan yang menyakitkan tentang lelaki
itu, masih segar di ingatannya. Dia melarikan pandangan dari wajah lelaki itu.
Kenapa mesti dia bertemu lagi dengan Borhan? Kenapa?
“Ayu, Kenapa ni? Anything wrong?,”sekali lagi Hisyam
bersaura apabila melihat wajah Idayu tiba-tiba berubah. Idayu tersentak. Segera
dia menggeleng. Hisyam meletakkan sudu dan garfu ditangannya. Dia tidak tahu
kenapa, tetapi, dia yakin, pasti ada sesuatu yang sedang mengganggu perasaan
Idayu. Perlahan dia menyentuh jemari Idayu.
“What’s
wrong?,”soalnya perlahan sambil merenung ke dalam mata Idayu. Idayu
menggeleng lagi.
“You
look very uncomfortable,”
“Panas. Tak ada selera nak makan,”dalih
Idayu sambil cuba mengukir senyum.
“Nak pulang sekarang?,”
“No.
Ayu nak jumpa Mieza dulu sebelum balik. Abang boleh tunggu kan?,”
Hisyam tersenyum mendengar
permintaan Idayu. Itulah yang dia suka tentang Idayu. Santun dalam setiap
perkara.
“Today,
I’m your genie. So, I’ll do anything for you,”ujar Hisyam separuh bergurau.
Idayu tergelak kecil. Hatinya yang gundah terasa sedikit lega. Wajah Hisyam
dipandang agak lama. Walau apapun yang sedang lelaki itu lakukan padanya,
ternyata dia tetap kalah pada kata-kata manis lelaki bernama Hisyam. Hanya
Hisyam yang mampu hilangkan gundah di hatinya. Bagaimana mungkin dia boleh
hidup tanpa lelaki ini?
“Anything?,”soal
Idayu sambil merenung sepasang mata Hisyam yang terus memukau hati
perempuannya.
“Anything…,”jawab
Hisyam perlahan. Seperti selalu, dia membiarkan dirinya hanyut dalam renungan
Idayu.
“Love
me…,”perlahan juga Idayu bersuara. Dia mengukir senyum manis sambil matanya
terus melekat pada sepasang mata milik Hisyam. Hisyam terdiam seketika sebelum
tergelak kecil. Menutup gundah di hati sebenarnya. Permintaan Idayu adalah
sesuatu yang tidak dapat dia laksanakan. Mendengar gelak itu, Idayu tersenyum
lebar. Membuat Hisyam menjadi keliru memikirkan permintaan Idayu. Seriuskah
Idayu, atau itu semua sekadar senda gurau Idayu padanya?
Dengan senyum yang masih bersisa,
Idayu mula menyuap nasi ke mulut. Reaksi Hisyam ternyata membuat dia terluka.
Namun, dia harus faham. Perasaan bukan boleh dipaksa-paksa. Sudahnya dia
mengukir senyum selebar mungkin, menutup hatinya yang menangis pilu. Sekali
lagi dia memandang ke arah Hisyam. Lelaki itu mula menyambung makannya.
Sudahnya tiada lagi bicara antara mereka. Masing-masing diam melayan perasaan
masing-masing.
Deringan telefon bimbit Hisyam
mengembalikan Idayu ke dunia realiti. Dia memandang nasi di pinggan. Sudah
hampir habis. Rupa-rupanya dia makan sambil mengelamun. Deringan yang
berterusan memaksa dia melirik pada Hisyam yang sedang menolak pinggan ke tepi.
Dengan agak tergesa-gesa, dia mengeluarkan telefon bimbitnya dari dalam poket
seluar.
“Siapa bang?,”soal Idayu melihat
Hisyam agak lama memandang telefon bimbitnya. Hisyam tidak terus menjawab
panggilan itu. Mendengar soalan Idayu, dia tersenyum kecil. Perlahan dia
mengangkat punggung.
“Excuse
me. Abang kena jawab penggilan ni,”
Idayu tersenyum sambil mengangguk
perlahan. Dia mengekori langkah Hisyam dengan pandangan yang hiba. Hisyam tidak
menjawab soalannya. Walhal kebiasaannya, laju sahaja Hisyam akan menjawab
soalan sebegitu. Hisyam sengaja ingin berahsia. Dia terus memandang Hisyam yang
melangkah ketempat yang agak jauh dari kerumunan tetamu. Barangkali tidak mahu
perbualannya terganggu dengan bunyi bising. Atau… barangkali Hisyam tidak mahu
dia mendengar perbualan itu. Idayu menghela nafas panjang. Entah kenapa,
hatinya kuat mengatakan Hisyam sedang berbual dengan kekasih hatinya. Dia
melarikan pandangannya ke arah lain. Cuba membuang rasa sakit hati yang
tiba-tiba mengganggunya. Dia tidak mahu dihantui emosi.
Melihat
Hasmieza yang sudah selesai bersanding dan sibuk melayan tetamu, perlahan dia
mengangkat punggung. Mengatur langkah mendekati pasangan pengantin baru itu.
“Mieza…,”
Hasmieza berpaling. Senyum manis yang
terus menghiasi bibir temannya itu semakin menambah seri di wajah.
“Ayu… sekali lagi. Thanks for coming. Terima kasih
banyak-banyak,”
Idayu tersenyum kecil.
“Tahniah sekali lagi. Aku doakan kau
bahagia sehingga ke akhir hayat,”
“InsyaALLAH,”ujar Hasmieza girang,
sambil mengerling ke arah suaminya yang turut tersenyum senang.
“Hakimi, tahniah. Jaga kawan saya
baik-baik tau,”ujar Idayu sambil memandang wajah Hakimi. Hakimi tersenyum.
“Pasti. InsyaALLAH, saya jaga kawan
awak ni, sebaik mungkin,”balas Hakini sambil merenung wajah Hasmieza. Hasmieza
tersenyum sambil tertunduk malu.
“Maaf, abang ke sana sebentar,”Hakimi
bersuara meminta diri apabila melihat
temannya melambai dari jauh. Hasmieza mengangguk perlahan.
“Borhan is here,”bisik Hasmieza di telinga Idayu setelah Hakimi sudah agak
menjauh.
“Aku tahu. Aku nampak dia
tadi,”balas Idayu acuh tidak acuh. Sememangnya dia tidak berminat untuk
bercakap tentang Borhan. Melihat reaksi Idayu, Hasmieza tidak jadi menyambung
cerita tentang Borhan.
“So,
kau dengan Hisyam macam mana?,”Hasmieza cuba mengubah tajuk perbualan. Soalan
Hasmieza membuat Idayu terkedu. Wajahnya bertukar mendung.
“He’s
going to marry that girl,”jawab Idayu sambil tersenyum pahit. Matanya
dikerdipkan beberapa kali. Cuba menahan air mata agar tidak tumpah. Dia tidak
mahu menangis. Sekurang-kurangnya dia tidak mahu menangis di hari bahagia
temannya itu. Hasmieza terdiam seketika. Satu berita yang amat mengejutkan.
Tidak dia jangka langsung. Hatinya tiba-tiba menjadi sayu melihat Idayu sedaya-
upaya menahan kesedihannya. Senyum di bibir Idayu kelihatan terlalu sengsara.
Dia bagai nampak hati Idayu yang menangis dalam diam. Sampai hati Hisyam.
“Hisyam beritahu kau?,”
Idayu menggeleng perlahan. Dia diam
seketika, mencari kekuatan untuk terus bersuara. Untuk terus bersuara tanpa
mengalirkan air mata.
“Aku… aku terdengar dia beritahu
Sharul,”ujarnya lambat-lambat. Ternyata amat sukar untuk dia mengawal emosi di
hadapan Hasmieza. Saat itu, dia benar-benar mahu menangis. Dia ingin menangis
di bahu Hasmieza.
“I’m
so sorry, Ayu,”Hasmieza bersuara sambil menggenggam erat jemari Idayu.
“Aku nak tolong. Tapi, tak tahu…,”
Idayu tersenyum pahit. Dia menepuk
perlahan jemari Hasmieza apabila dia menyedari wajah Hasmieza sudah berubah.
Dia tidak patut membuat Hasmieza bersedih di hari perkahwinan temannya itu.
“Pengantin baru kena senyum. Tak
boleh sedih macam ni,”ujarnya sambil mengukir senyum. Hasmieza turut tersenyum
kelat. Entah kenapa dia terasa seperti mahu menangis melihat senyuman Idayu
itu.
“Betul tu. Pengantin baru tak boleh
sedih-sedih,”
Serentak Hasmieza dan Idayu menoleh
ke arah suara itu. Borhan tercegat di belakang mereka sambil tersenyum lebar.
“Borhan! Dah lama ke kau berdiri kat
situ?,”soal Hasmieza agak terkejut dengan kemunculan Borhan secara tiba-tiba.
Borhan tersenyum cuma.
“Tahniah, Mieza,”ujarnya sambil
menghulur tangan.
“Thanks,”balas
Hasmieza turut tersenyum. Daripada wajah Hasmieza, kini pandangan Borhan lari
ke seraut wajah milik Idayu. Ternyata Idayu langsung tidak berubah. Tetap cantik
seperti dulu. Malah Idayu nampak lebih manis apabila bertudung. Rindunya dia
pada seraut wajah itu.
“Apa khabar, Ayu?,”sapa Borhan
dengan nada yang agak janggal. Jelas kelihatan Idayu sedikit terganggu dengan
kehadirannya di situ.
“Baik,”
“Suami dengan anak-anak, sihat?,”sekali
lagi soalan yang cukup canggung keluar dari bibirnya. Terasa kekok mengutarakan
soalan itu kepada wanita yang pernah dia cintai. Dan, masih dia cintai sehingga
ke saat ini. Wajah Idayu direnung sepuas-puasnya. Matanya bagai tidak mahu
lepas dari wajah itu. Selama tujuh tahun dia cuma melihat wajah itu di dalam
mimpi-mimpinya.
“Sihat. Alhamdulillah,”jawab Idayu
dingin. Menyedari renungan Borhan yang tidak berpenghujung, Idayu melarikan
pandangannya ke arah lain.
“Borhan. Ayu ni, isteri orang. Jaga
sikit mata tu…,”Hasmieza bersuara dengan nada separuh bergurau. Borhan tergelak
kecil. Malu apabila Hasmieza menyedari keterlanjurannya.
“Hai. Boleh join?,”
Giliran Borhan pula yang terganggu.
Kehadiran Hisyam secara tiba-tiba membuat Borhan kurang senang. Lebih terganggu apabila tangan lelaki itu
terus merangkul pinggang Idayu. Idayu yang terkejut kecil dengan kehadiran
suami secara tiba-tiba itu, mengukir senyum manis. Membuat hatinya tiba-tiba
berasa sakit.
“Sorry.
Lama sikit tadi,”ujar Hisyam ceria. Idayu terus tersenyum tanpa berkata
apa-apa. Hisyam, kemudiannya mengukir senyum buat Hasmieza dan seorang lelaki
yang tidak dia kenali yang berada di antara Hasmieza dan isterinya. Barangkali
teman lama Hasmieza dan Idayu.
“Tahniah, Mieza,”sambungnya sambil
menghulurkan tangan pada Hasmieza. Hasmieza menyambut tangan Hisyam sambil
tersenyum. Tanpa menjawab, dia mengangguk perlahan. Hisyam mengukir senyum
seraya memandang pula ke arah Borhan.
“Hisyam,”
“Borhan,”balas Borhan sambil
menyambut tangan yang Hisyam hulurkan. Hisyam mengangguk bersama senyuman yang
tidak begitu mesra. Pandangannya beralih ke wajah Idayu.
“Nampaknya kita kena beredar
sekarang,”Hisyam membuka bicara buat Idayu. Idayu memandang wajah suaminya
dengan kening berkerut.
“Kenapa?,”
“Shah call tadi. Syafiq dah nak isytihar perang dengan mereka. He’s looking for us,”
Idayu tersenyum kecil. Mengangguk
faham dengan situasi mereka sekarang. Hasmieza turut tersenyum lucu mendengar
kata-kata Hisyam.
“So,
Mieza… Nampaknya I have to stop the war.
Aku kena balik dulu,”ujar Idayu sambil menggenggam jemari Idayu. Hasmieza
tergelak tergelak kecil.
“It’s
okay. I understand. Kau dah dapat my
wedding gift kan?,”
“Dah. Thanks for everything,”Idayu bersuara sambil cuba mengawal nada
suaranya. Terharu kerana terpaksa menjadikan Hasmieza tempat dia meluahkan
perasaan. Pada hari bahagia Hasmieza, dia terpaksa berkongsi cerita sedihnya.
Memang agak keterlaluan. Dia sedar, masa dan tempat untuk dia bercerita tidak
sesuai langsung. Namun, dia tidak mampu untuk terus memendam segalanya
sendirian. Hasmieza tersenyum nipis. Idayu melangkah merapati Hasmieza. Memeluk
tubuh Hasmieza seerat-eratnya.
“Tahniah sekali lagi. Aku doakan
kebahagiaan kau,”bisiknya di telinga Hasmieza.
“Thanks.
Anything… just let me know, okay. I’m here for you. Forever,”perlahan juga
Hasmieza berbisik di telinga Idayu. Tidak mahu dua lelaki di hadapan mereka
mendengar kata-katanya. Idayu mengangguk perlahan sambil meleraikan pelukannya.
Dia kembali berdiri di sisi Hisyam.
“Kami balik dulu, Mieza. Selamat
berbulan madu. And… nice to meet you,
Encik Borhan,” Hisyam bersuara sambil menggenggam erat tangan Idayu. Borhan
tersenyum sambil mengangguk perlahan.
*****
Hisyam
sekadar memandang Idayu yang tergesa-gesa membuka beg tangannya.
“Ayu nak telefon Juita,”Idayu
bersuara sebaik tiba di kereta.
“Kenapa?,”soal Hisyam sedikit
hairan.
“Tanya keadaan Syafiqlah. Pelik
juga. Kenapa tiba-tiba Syafiq nak mengamuk? Tak pernah pula macam tu sebelum
ni,”
“No.
Tak payah,”Hisyam bersuara sambil bersandar pada kereta. Jemari Idayu yang
lincah membuka beg tangannya, dipegang lembut. Membuat Idayu sedikit hairan.
Sudahnya dia memandang wajah Hisyam meminta penjelasan.
“Shah tak call pun,”Hisyam mula memberi penjelasan. Penjelasan yang membuat
kening Idayu berkerut lagi. Benar-benar hairan dengan pembohongan Hisyam.
“Maksud abang, Syafiq tak mengamuk
pun?,”
Hisyam menggeleng perlahan.
“Tapi, kenapa abang…,”
“Abang tak selesa tengok cara lelaki
tu pandang Ayu,”sampuk Hisyam sebelum sempat Idayu menghabiskan kata-katanya.
Dan, kata-kata Hisyam mampu membuat Idayu kelu seketika. Bulat matanya
memandang wajah Hisyam.
“Lelaki mana?,”soal Idayu setelah
agak lama terdiam. Hisyam membuang pandang. Wajah Idayu yang diselubungi tanda
tanya, seakan memaksa Hisyam menjawab soalan itu.
“Borhan. Abang tak suka cara Borhan
merenung Ayu. Is’t clear?,”
Idayu tergelak tiba-tiba. Tidak
menyangka Hisyam menyedari tindakan Borhan. Kalau sebentar tadi, dia meluat dengan tindakan Borhan, tetapi, saat
ini dia sangat berterima kasih pada lelaki itu. Sekurang-kurangnya perbuatan
Borhan telah berjaya membangkitkan perasaan cemburu Hisyam. Hisyam menjeling
sekilas mendengar tawa itu. Kurang senang apabila Idayu ketawakannya. Perlahan
dia bergerak ke arah pintu pemandu.
“What’s
so funny?,”soalnya tanpa perasaan, melihat Idayu masih lagi melayan
gelaknya. Tawa Idayu terhenti. Dia memandang wajah Hisyam yang kelat.
“Abanglah,”jawab Idayu bersama
senyuman yang cukup lebar.
“Kenapa dengan abang?,”
“Abang cemburu ya?,”soal Idayu
menduga Hisyam. Mendengar soalan itu, Hisyam pula tergelak kecil. Perlahan dia
menggelengkan kepala.
“I
like it,”ujar Idayu sambil membuka pintu kereta.
“Suka apa?,”
“Your
jelousy,”balas Idayu bersahaja.
“No.
I’m not,”nafi Hisyam bersungguh-sungguh.
“Yes.
You are…,”
“Oh… shut up. Cepat masuk,”Hisyam memberi arahan dengan nada tegas yang
dibuat-buat. Membuat Idayu tergelak lagi. Kali ini, senyum melebar di bibir
Hisyam melihat Idayu tertawa. Untuk seketika, dia tercegat memerhati wajah
ceria Idayu.
“I
like it,”
Tawa Idayu terhenti. Dia membalas
renungan Hisyam. Giliran dia pula disapa rasa hairan mendengar kata-kata Hisyam
yang tiba-tiba.
“Suka apa?,”
“That
cheerful smile,”balas Hisyam perlahan. Idayu tersenyum sambil melangkah
masuk ke dalam kereta. Hisyam tersenyum bahagia.
***
tak saba nak bace part lain.
ReplyDeletesuke bace part hisyam jeleshh..hihi.
yeahh..cinte borhan kat ayu berputik kembali.
so,patut ayu say thnx kat borhan..kdatangan borhan da macam super hero n penyelamat..at least hati ayu tak sakit lagi.bia hati hisyam lak yg sakit..bia dia rase btapa sakittnye prasaan cmburu tu.haha..rse aku pulak yg excited
benci btol dgn hisham ni. dh ade wife sebaik ayu, still nk cr yg lain
ReplyDeleteMenitis airmata tiap kali bca......ada ke prempuan mcm ni?.?sy tringin nk jd mcm ayu....ckup tabah
ReplyDelete