BAB 15
Shahrul bertenggek pada pagar
jambatan kayu yang dibuat merentangi kolam buatan yang sederhana besar. Sambil
tangannya menabur makanan ikan, matanya melekat pada wajah Hisyam yang sedang
termenung jauh. Menyedari renungan
Shahrul, Hisyam mengangkat punggung dari kerusi kayu yang memang
tersedia di situ. Sambil melangkah mendekati temannya itu, matanya ditebarkan
ke kawasan rumah rehat milik keluarga Idayu. Perlahan bertenggek di tepi pagar
jambatan sambil matanya memerhati berpuluh-puluh ikan kap yang timbul di
permukaan kolam, berebut makanan yang ditabur.
“Macam mana business?,”
“Okay. Alhamdulillah. Lagipun, sejak
aku perkenalkan online reservation ,
tempahan meningkat. Pasaran pun lebih luas. Lebih ramai yang tahu tempat ni,”
Hisyam tersenyum. Tumpang gembira
dengan kejayaan temannya itu. Sejak berkahwin dengan Juita, Shahrul membuat
keputusan untuk berhenti bekerja di syarikatnya. Dia ingin membantu isterinya
menguruskan perniagaan keluarga itu. Perniagaan yang dulu diuruskan oleh Idayu.
Selepas berkahwin dengannya, Idayu melepaskan semua tanggungjawabnya terhadap
rumah rehat itu, kepada Juita dan arwah bapanya. Idayu menjadi suri rumah
sepenuh masa. Menjaga makan pakainya. Menjaga perkahwinannya. Cuma tiga empat
tahun kebelakangan ini, Idayu menyuarakan hasrat ingin bekerja semula. Rindu
katanya. Dan, dia dengan senang hati memberi keizinan untuk Idayu bekerja
bersamanya.
“Oit! Melamun ke?,”
Hisyam tersentak. Shahrul menggeleng
perlahan.
“Nampaknya kau buat lanskap
baru,”Hisyam bersuara sambil memerhati taman mini yang baru dibuat itu. Pelbagai
bunga yang berwarna- warni menyejukkan pandangan. Lebih-lebih lagi dengan
rumput yang subur menghijau.
“Ha ah. Untuk keselesaan mata
pengunjung…,”
Hisyam tersenyum mendengar kata-kata
Shahrul. Dia mengangguk tanda setuju dengan
kata-kata itu. Memang tenang mata sesiapa pun jua yang menikmati
keindahan lanskap ini.
“Pergilah masuk berehat. Tidur ke.
Tentu kau penat, drive dari awal
pagi,”
Hisyam menggeleng.
“Aku tengah rehatlah ni. Lagi pun,
aku bukannya boleh tidur siang-siang macam ni. Tak lelap pun. Buat sakit kepala
saja,”
“Suka kati kaulah Syam. Badan kau…
Mata kau…,”
Hisyam sekadar tersenyum. Matanya
kini leka memandang ikan kap yang berwarna warni. Shahrul mengerling sekilas ke
arah temannya itu.
“Aku dengar sambutan ulangtahun
perkahwinan kau baru-baru ni, bukan main romantic
lagi,”Shahrul bersuara sambil menjeling ke arah Hisyam. Memancing reaksi Hisyam
sebenarnya. Hisyam tergelak kecil mendengar kata-kata itu. Memandang wajah
Shahrul yang tersenyum panjang.
“Kau dengar? Kau ada upah paparazzi
ke untuk spy aku?,”
“Papparazzi bertauliah. First class punya service,”
Hisyam tersengih sambil menggeleng
perlahan.
“So,
kau tak nak cakap apa-apa ke?,”soal Shahrul dengan nada suara sedikit serius.
Hisyam mencemik sambil mengangkat bahu. Soalan Shahrul lain nadanya sedang dia,
rasanya tiada yang pelik tentang cara dia menyambut hari ulangtahun
perkahwinannya tempoh hari. Sebagai suami memang wajar dia gembirakan hati
Idayu.
“Kenapa kau tanya aku macam tu?,”
Shahrul mengurut-ngurut tengkuknya
sambil kepalanya ligat memikirkan jawapan yang sesuai untuk soalan Hisyam.
“Well… mungkin sebab aku
mengharapkan satu cerita baru dari kau,”
“Cerita baru? Maksud kau? Aku tak
fahamlah,”
“Satu cerita yang berlainan daripada
cerita yang pernah kau ceritakan pada aku dulu,”
“Wait…Wait…
I think you better straight to the point. Aku belajar aliran sains. So, bahasa kiasan yang berbelit-belit
ni, aku tak berapa faham. Jadi, tolong jangan buat aku pening kepala,ya,”
Shahrul tersenyum.
“Orang romantik macam kau… takkan
berkias sikit pun, tak faham,”
Hisyam tidak menjawab. Gagal menebak
apa maksud kat-kata Shahrul. Shahrul tergelak.
“Okay.
Straight to the point. Kau masih berhubungan dengan perempuan tu?,”
Hisyam tersenyum kecil mendengar
soalan Shahrul. Rupa-rupanya itu yang Shahrul cuba kiaskan. Langsung dia tidak
terfikir ke arah itu.
“Masih,”jawabnya sepatah.
“Honestly,
itu bukanlah jawapan yang aku harapkan,”
“I
told you. I love her,”
“Idayu?,”
“Seperti yang aku cakap dulu, Idayu
adalah tanggungjawab aku. Isteri aku,”
Shahrul tergelak sinis.
“Isteri konon. Tanggungjawab konon.
Syam… wake up please. Apa yang kau
lakukan pada Idayu tempoh hari, jelas. Tersangat jelas. Kau memang cintakan
dia. Aku tak nampak alasan lain untuk menyokong tindakan kau tu. Yang aku
nampak, cuma satu saja. Kau dengan Idayu memang sedang dilamun cinta. Atau
lebih tepat… sentiasa dilamun cinta. Kau tak akan buat itu semua kalau apa yang
kau rasa pada Idayu cumalah rasa tanggungjawab…,”
“Sorry.
Kau salah,”cukup pendek Hisyam membalas hujah Shahrul.
Shahrul memandang wajah Hisyam.
“It’s
okay kalau aku salah. Cuma aku rasa tak salah kalau kau fikirkan kata-kata
aku yang kau anggap salah tu. Fikirkan sedalam yang boleh. Mungkin ada sesuatu
yang ingin kau perbetulkan. Jangan sampai bila kau rasa keputusan yang kau buat
ni, memang salah, kau dah tak ada peluang nak perbetulkannya,”
Hisyam tersenyum. Tertarik dengan
susunan ayat Shahrul yang berulang-ulang.
“Sejak bila kau cakap berbunga-bunga
ni? Macam bermadah pula aku dengar,”
“Sikit-sikit. Mencuba bakat
terpendam,”
“Jangan dengan aku. Buat aku pening
saja,”
Shahrul tergelak kecil.
“Try
to change our main subject. Am I right?,”soal Shahrul dalam senyuman.
Hisyam mengeluh sambl tersenyum kecil. Dia menggaru kepalanya yang tidak gatal.
Mungkin betul kata-kata Shahrul. Dia tidak seronok untuk terus berbicara
apabila Sharul tidak sehaluan dengannya.
“Mungkin…Tak juga…Entahlah….,”
“Tiga perkataan. Tiga maksud… dalam
satu nafas. Yang mana satu untuk aku sebenarnya? Nampak sangat kau sekarang ni,
sedang keliru Syam. Buat keputusan dalam keadaan keliru, bahaya. Ingat tu,”
Shahrul bersuara sambil bergerak ke arah pangkin kayu yang terletak berhampiran
dengan kolam.
Hisyam
mengekori dari belakang. Sama-sama melabuhkan punggung ke pangkin. Bayu laut
bertiup nyaman menyapu wajahnya. Buat seketika dia cuma termenung mamandang
kehijauan lanskap. Mencari damai di situ. Shahrul turut membisu. Menunggu patah
bicara dari mulut Hisyam terlebih dahulu.
“Dalam situasi aku sekarang…aku
perlukan support seseorang.
Terus-terang aku mengharapkan kau untuk bagi aku sokongan sebab kau kawan baik
aku. Jadi, apabila yang berlaku adalah sebaliknya, aku jadi serba –salah. Aku
takut apa yang aku cakap nanti, buat kau rasa tak selesa. Aku faham situasi
kau. Kau tersepit antara kawan baik dengan isteri. Kan?,”
“Meaning?,”shahrul
bertanya sepatah.
“Kau kawan aku. Juita isteri kau.
Dan… Idayu kakak Juita. You know what I
mean. Aku rasa bersalah bila buat kau rasa serba-salah macam ni,”
“Syam… kau bercerita dan aku
mendengar. Tak ada apa yang salah. Dan, pasal rasa serba-salah tu, memang aku
rasa serba-salah. Tapi bukan pada Juita. Aku rasa serba-salah pada Ayu. Sebab
aku rasa Ayu tak sepatutnya lalui ini semua. Untuk itu, aku akan terus
mengingatkan kau. Bukan menyalahkan tapi, mengingatkan,”
Hisyam tersenyum tawar.
“So,
kau nak dengar cerita-cerita aku tu?,”
Shahrul menjungkit bahu sambil
tersenyum kecil.
“Dia ajak aku kahwin. Dan, aku pun,
ingin kami kahwin,”ujar Hisyam berterus-terang.
“Kahwin? Dia tahu pasal kau?,”soal
Shahrul sedikit terperanjat dengan cerita terbaru Hisyam. Hisyam mengangguk
tanpa memandang wajah Shahrul.
“Jadi, dia tak kisah bermadu?,”
“She
has to face it. Itu syarat utama aku. Aku tak akan ketepikan Idayu,”
Shahrul menggeleng perlahan.
“By
the way, how old is she?,”
“Twenty
four,”
“Muda lagi. Kau dah fikir
masak-masak? Apa kata Idayu?,”
“Dia belum tahu,”
Wajah Shahrul sedikit berubah.
Ternyata tiap bicara Hisyam penuh dengan kejutan.
“Kau dah plan nak kahwin dengan that
girl, tapi, Idayu belum tahu apa-apa lagi? Kau nak rahsiakan dari Ayu? Nak
kahwin senyap-senyap? Please Syam.
Jangan kejam sangat. Kau tak berhak sakiti Idayu sampai macam ni sekali,”
“Tak. Aku tak akan buat macam tu.
Aku sedang cari masa yang sesuai untuk berterus-terang dengan Ayu,”
“Masa yang sesuai? Bila?,”
“Entah. Aku pun tak tahu. Aku tak
sampai hati nak beritahu Idayu,”
“Kau tak sampai hati? Kau tak sampai
hati, sebab kau sayangkan dia. Kau cintakan dia. Sedarlah Syam. Jangan biarkan
perasaan ini mempermainkan kau. Merosakkan perkahwinan kau,”
“Aku tahu apa yang aku rasa, Shah.
Aku cuma tak sampai hati nak kecewakan dia. Dia terlalu baik. Aku tak suka
tengok dia sedih. Aku tahu aku kejam, Shah. Tapi, aku tak tahu macam mana nak handle ini semua. Aku serba-salah. Aku
tak nak Ayu sedih. Aku juga tak nak kehilangan Maisara. Aku rasa aku berhak
merasai cinta tu, bila ia dah datang pada aku,”
“Hadirkan cinta tu untuk Idayu…,”
Hisyam tersenyum pahit.
“Kalaulah ianya semudah tu. Tujuh
tahun aku cuba, tapi, perasaan cinta tu tak pernah hadir antara aku dengan
Idayu. Tak pernah, Shah…,”
“Kau boleh guna apa saja alasan
untuk tutup perasaan sebenar kau pada Ayu. Kononnya tak nak kecewakan dia…tak
nak tengok dia bersedih…perasaan cinta itu memang tak pernah adalah… tapi, bagi
aku itu semua tak lebih dari satu alasan. Alasan untuk menidakkan perasaan kau
yang sebenarnya pada dia,”
“Tak ada apa yang aku nak nafikan
Shah. Aku tahu apa yang aku rasa. Idayu sudah menjadi sebahagian daripada hidup
aku. Sedang dengan Maisara…I love her
very much. I want to marry her. Itu impian aku,”
“Then,
you better tell your wife, as soon as possible. Jangan sampai dia tahu
daripada mulut orang lain. Itu akan lebih menyakitkan dia,”
Hisyam mengeluh panjang. Itulah yang
paling sukar untuk dia lakukan sebenarnya.
“Susah, Shah,”
Shahrul tersenyum kecil. Kata-kata
Hisyam tidak dibalas kerana dia sendiri sudah kehilangan kata-kata untuk terus
bersuara. Sudah kehabisan nasihat untuk manusia sedegil Hisyam.
“Kalaulah aku boleh membuat
keputusan tanpa perlu menyakiti hati Idayu…,”Hisyam bersuara perlahan. Shahrul menoleh.
“Hidup memerlukan pengorbanan. Itu
adalah fakta, bukan madah semata-mata. Kalau kau ingin melihat Idayu gembira,
kau yang perlu berkorban. Kalau kau yang ingin bahagia dengan cinta kau, tu,
orang yang terpaksa berkorban, adalah Idayu. It’s a fact,”
Hisyam tersenyum kelat. Perlahan dia
menepuk bahu Shahrul. Memang Shahrul sahabat baiknya. Walaupun tidak banyak
membantu, sekurang-kurangnya Shahrul telah sudi menjadi pendengar yang baik.
Membuat bebannya terasa sedikit ringan.
“Thanks,
Shah. Walaupun tak menyokong, kau tetap membantu aku,”
“Kau kawan aku. Aku tak ada
pilihan,”balas Shahrul separuh berseloroh. Hisyam tersenyum kecil tanpa bicara.
“Jomlah masuk. Dah senja ni,”Shahrul
bersuara tiba-tiba setelah agak lama membiarkan suasana sepi tanpa sepatah
kata. Hisyam sekadar mengangguk sambil mengangkat punggung dari pangkin.
****
No comments:
Post a Comment