BAB 11
“Abang perlu cari masa yang sesuai
untuk minta izin daripada isteri abang,”
“Minta izin? Minta izin
apa?,”Maisara bertanya dengan nada hairan.
“Minta izin untuk kita kahwinlah.
Untuk apa lagi?,”
Maisara tergelak kecil. Dia semakin
mengerti akan maksud kata-kata Hisyam itu.
“Mungkin abang silap. Memang Sara
nak kita kahwin. Tapi, Sara tak nak ada orang ketiga. Abang tak tahu, mungkin
sebab Sara tak pernah mention pasal
ni. Since abang dah sebut, Sara akan
beritahu abang. Sara tak nak berkongsi suami dengan perempuan lain,”
Mendengar kata-kata itu, wajah
Hisyam jelas mempamerkan ekspresi terkejut. Ekspresi terkejut yang bukan
sedikit.
“Apa maksud Sara?,”
“Sara nak abang beritahu isteri
abang tentang hubungan kita. Kemudian ceraikan dia. Lepas tu, kita akan
kahwin,”ujar Maisara sambil tersenyum manis.
“Mustahil. Abang tak akan buat macam
tu. Itu cadangan mengarut. Abang tak setuju,”
“Tapi, bang… Abang cintakan Sara
kan? Buat apa nak wujudkan gangguan dalam rumahtangga kita nanti?,”
“She
is my wife. You have to respect that situation,”
Maisara tergamam seketika. Cukup
tegas kata-kata yang meniti di bibir Hisyam. Ketegasan yang benar-benar di luar
jangkaannya.
“But
you didn’t love her…,”
Maisara terkebil – kebil memandang Hisyam
yang pantas mengangkat punggung.
“Listen
to me, Sara. Kalau Sara betul-betul cintakan abang, Sara kena terima abang
dengan keadaan abang sekarang. Kalau tidak, mungkin kita patut fikirkan semula
tentang hubungan kita,”Hisyam bersuara perlahan. Namun, nadanya kedengaran
cukup tegas di telinga Maisara. Sebelum sempat Maisara bersuara, Hisyam terus
berlalu meninggalkannya bersama hidangan makan tengahari yang belum berusik.
Hari ini, selepas dua hari berlalu,
Hisyam belum menghubunginya. Malah panggilannya tidak pernah berjawab. Marah
benar Hisyam dengan cadangannya itu. Barangkali cadangan itu, keterlaluan pada
Hisyam. Ketegasan Hisyam bagai memberitahu yang, suka atau tidak, dia harus
bersedia untuk berkongsi suami. Maisara mengeluh resah. Untuk entah ke berapa
kali, jemarinya sekali lagi mendail nombor telefon Hisyam. Hasilnya tetap sama.
Hanya peti pesanan suara yang menjawab panggilannya. Ternyata situasi itu
membuat dia tidak senang duduk. Membuat dia menjadi tidak tentu arah. Perlukah
dia meminta maaf pada Hisyam. Memang perlu kalau dia masih mahu meneruskan
hubungan cintanya dengan Hisyam. Dengan kemarahan Hisyam tempoh hari, mustahil
lelaki itu akan datang untuk memujuknya seperti selalu.
“Sara… Sara… kenapa mesti kau
tersalah cakap?,”Maisara merungut sendiri sambil bersandar pada pagar balkoni.
Membiarkan angin malam menyapu wajahnya. Anis yang muncul bersama dua mug berisi
milo panas, dipandang sekilas sebelum dia melemparkan pandangan pada keindahan
bandaraya Shah Alam. Cuba mententeramkan perasaannya yang berserabut.
“Dah dua hari aku tengok kau asyik
berkepit dengan handphone tu.
Bergaduh lagi ke?,”soal Anis sambil menghulurkan mug kepada Maisara.
Maisara
menyambut tanpa bersuara. Dia beredar ke kerusi besi yang memang diletakkan di
bahagian balkoni apartment. Perlahan
dia melabuhkan punggung di situ. Anis pula mengambil tempat di pagar balkoni.
Bersandar sambil memandang wajah Maisara yang langsung tidak ceria.
“Kalau dah muncung macam tu… betullah
tekaan aku tadi, kan?,”
Maisara cuma mengeluh panjang.
Pertanyaan Anis tidak dijawab. Anis menggeleng perlahan. Perlahan dia meneguk
milo panas dari mugnya sambil melangkah menghampiri Maisara. Melabuhkan
punggung di kerusi di sebelah Maisara. Menunggu kalau-kalau Maisara ingin
bercerita tentang masalah cintanya lagi.
“Kau tak keluar ke, malam ni?,”soal
Maisara. Sengaja mencari topik perbualan yang agak menyimpang. Anis menggeleng
cuma.
“So,
tak nak cerita ke?,”Anis bertanya sekali lagi. Melihat Maisara asyik termenung
semenjak dua hari lalu, dia yakin masalah yang dihadapi gadis itu pasti serius.
“Biasalah…,”Maisara menjawab dengan
nada acuh tidak acuh.
“Kenapa ni? Sejak akhir-akhir ni,
aku tengok kau selalu sangat bergaduh dengan Hisyam tu. Dulu… masa baru- baru
bercinta tak ada pula bergaduh. Bahagia memanjang,”
“Entahlah. Aku pun tak tahu.
Kadang-kadang aku jadi hairan bila fikir perangai Hisyam tu. Susah nak dijangka.
Dalam pada baik… tiba-tiba boleh meletup. Pening kepala aku ni,”
Anis tersenyum lucu mendengar luahan
Maisara.
“Dah setahun lebih kau kenal dia.
Takkan masih belum boleh baca perangai dia? Apa yang dia suka. Apa yang dia tak
suka. Kau patut tahu semua tu. Tak adalah terjadi kes terjolok sarang tebuan,”
“Ini bukan lagi kes terjolok sarang
tebuan. Ini dah jadi kes terlanggar sarang tebuan,”Maisara bersuara selamba.
Anis
tergelak kecil. Menyedari jelingan tajam Maisara, dia mengangkat kedua-dua
belah tangannya sebagai isyarat meminta maaf.
“Bunyinya macam parah tu. Apa dah
jadi sebenarnya? Apa kau dah buat? Atau… apa Hisyam tu dah buat?,”
“Hisyam marahkan aku,”
“Marah? Kenapa?,”
“Entah. Tiba-tiba dia jadi sensitif
bila aku cakap pasal isteri dia,”
Anis mengerutkan kening. Wajah
Maisara dipandang agak lama.
“Kau cakap apa?,”
“Well…It’s
only a suggestion actually. Aku berterus-terang dengan dia yang aku tak nak
berkongsi suami dengan perempuan lain. Aku tak sanggup. Itu saja,”
“Apa maksud kau? Kau minta putus
dengan Hisyam ke? Atau… isteri dia jumpa kau? Minta kau tinggalkan suami dia?,”
“Bukan. Aku cuma nak dia kahwin
dengan aku selepas dia ceraikan isteri dia. Itu saja. Tiba-tiba dia melenting
bila dengar aku cakap macam tu. Bukan main marah lagi. Tak pernah aku tengok
dia marah macam tu,”
Anis ternganga. Terdiam seketika
mendengar cerita Maisara. Tidak menyangka Maisara sanggup memberi cadangan
sekejam itu. Sanggup Maisara meruntuhkan rumahtangga orang lain demi
kebahagiaan dia sendiri.
“AstaghrafillullahalAzim. Sara…
sanggup kau buat macam tu? Sanggup kau cuba pisahkan mereka suami isteri?,”
“Aku cuma nakkan Hisyam jadi milik
aku seorang. Itu saja. Aku ada hak dapatkan yang terbaik untuk diri aku, kan?,”
“Tapi, kau tak ada hak untuk pisahkan
orang macam tu. Kalau kau tak sanggup nak berkongsi kasih, jangan bercinta
dengan suami orang. Tak baik kau minta orang runtuhkan masjid, tahu?,” Anis
bersuara dengan nada yang amat serius. Dia langsung tidak bersetuju dengan
perbuatan temannya itu. Terlalu kejam permintaan Maisara.
“Tapi, dia kan, tak cintakan isteri
dia. Buat apa nak terus hidup dengan
perempuan yang dia tak cinta? Dia cintakan aku. Jadi, dia patut tinggalkan
isteri dia, dan hidup bahagia dengan aku. Because,
we love each other. Aku tak fahamlah. Kenapa dia tiba-tiba melenting bila
aku cakap macam tu,”
“Walau apa pun alasannya, kau tak
patut minta dia buat macam tu, Sara. Kau tahu tak? Kau dah jatuhkan reputasi
kau di mata dia,”
Maisara memandang wajah Anis. Walau
sedikit geram dengan percanggahan pendapat temannya itu, hatinya meronta ingin
tahu apa yang ada di dalam kepala Anis saat ini.
“Apa maksud kau?,”
“Kau dah tunjukkan pada Hisyam
keburukan kau. Langsung tak fikir perasaan orang lain. Kejam. Tu semua tak elok
untuk hubungan kamu berdua,”
“Excuse
me. Aku tak kejam. Okay! Aku cuma realistik. Mana ada orang yang nak hidup
bermadu? Cuba kau tanya semua perempuan dalam Malaysia ni… nak ke mereka hidup
bermadu?,”
Anis tersenyum sumbing. Sekuntum
senyum yang cukup cacat di mata Maisara. Senyuman itu membuat Maisara tidak
selesa. Berasa tersindir.
“Kenapa kau senyum?,”soal Maisara
perlahan. Kelantangannya hilang melihat senyum sumbang itu.
“Kalau kau tak nak bermadu, kenapa
kau bercinta dengan married guy? Kau
tahu tentang itu dari awal lagi. Dan… seingat aku, kejujuran Hisyam yang tak
pernah sembunyikan statusnya itu jugalah yang telah menawan hati kau, kan? Kenapa tiba-tiba sekarang kau bercakap pasal
status pula?,’
“Sebab… kan aku dah beritahu tadi.
Aku nak dia jadi milik aku sorang. Aku tak sanggup nak berkongsi dia dengan
sesiapa. Aku tak sanggup,” Maisara menjawab dengan nada yang sedikit keras.
Hilang sabar dengan soalan Anis yang menghentamnya.
“Okay. I understand. Tapi, kenapa sekarang? Kenapa baru sekarang kau
bangkitkan isu tu? Dulu, kau macam tak kisah saja,”
“Entah. Mungkin sebab sekarang ni,
kami dah mula fikir soal kahwin. Jadi, aku lebih hampir dengan kenyataan yang
kalau kami kahwin, aku terpaksa berkongsi kasih sayang dia dengan orang lain.
Aku rasa tergugat,”
“Sepatutnya isteri dia yang berasa
macam tu. Bukannya kau,”
Maisara menjeling sambil mencebik.
“So,
betullah Hisyam tu serius dengan kau ya?,” tokok Anis setelah agak lama berdiam
diri.
“Yalah. Kau masih tak yakin dengan
Hisyam tu?,”Maisara menjawab dengan nada sedikit geram. Rupa-rupanya Anis masih
lagi dengan persepsi lamanya. Masih juga menganggap Hisyam ingin mempermainkan
perasaannya.
“Sekarang aku yakin. Cuma aku
tertanya-tanya, apa akan jadi selepas ni?,”
“You
mean?,”
“Yalah.. kau berkeras tak nak
bermadu. Dia pula, melenting bila kau suruh dia ceraikan isteri dia. So, macam mana kau nak selesaikan
masalah ni? Kalau dia tetap dengan keputusannya, macam mana?,”
Maisara diam. Kata-kata Anis
mengembalikan kerunsingannya tadi. Dia sendiri buntu memikirkan cara
penyelesaian konflik yang melandanya itu. Perlahan dia menggeleng.
“Entahlah. You have any idea?,”akhirnya dia bersuara sambil memandang wajah
Anis. Dalam enggan dia terpaksa meminta pendapat Anis. Dia sudah buntu. Kalau
boleh dia tidak mahu mengalah. Dia mahu Hisyam yang beralah. Hisyam perlu
memilih antara dua. Dia atau isterinya…
“Kau ada cuba call dia?,”
“Itulah yang aku buat sejak dua hari
lepas. Dia tak jawab. Mesti dia marahkan aku,”
“Dia tak nak ceraikan isteri dia?,”
“Yalah. Kan aku dah cerita tadi.
Berapa kali nak ulang ni? Kau ni, slow lah,”
“Kau nak dengar pendapat aku ke
tidak? Kalau tak nak tak apa. Aku masuk tidur,”
“Nak…Nak… Duduklah dulu. Jangan
merajuk. I need your help. Please…,”pantas
tangan Maisara mencapai lengan Anis yang sudah pun mula melangkah
meninggalkannya. Anis tersenyum kecil sambil melangkah ke pagar balkoni.
Bersandar seraya memandang wajah Maisara yang mendung.
“Mengalah sajalah. Terima hakikat
dia tu suami orang. Lagi pun dia ada anak, kan? Mesti banyak perkara yang perlu
dia pertimbangkan. Kalau kau betul-betul cintakan dia, kau tak boleh beri kata
dua macam tu, pada dia. Kau kena belajar memahami dia. Kalau tidak, macam mana
kau nak hidup dengan dia? Kau tak boleh selfish,”
“Maknanya, aku terpaksa bermadulah?,”
Anis menjungkit bahu. Malas hendak
menjawab soalan Maisara.
“But…
he loves me. Dia tak cintakan isterinya tu. Kenapa dia nak pertahankan
perkahwinan tu, kalau tak ada cinta? Itu yang buat aku rasa marah sangat tu,”
“Itu yang dia cakap. Yang dia simpan
kat sini… kita tak tahu, kan?,”ujar Anis sambil meletakkan jeri telunjuk di
dadanya.
“What
do you mean?,”
“Sorry
lah. But, aku yakin sangat-sangat dia
cintakan isteri dia tu. Sebab tu dia tersentap bila dengar cadangan kau tu.
Lelaki… kalau nak beristeri lebih dari satu…ayat mesti power,”
“No!
He’s not. Dia bukan lelaki macam tu. Dia cuma cintakan aku. And, aku
percaya kata-kata dia tu,”
Anis mengeluh perlahan.
“It’s
up to you. Cinta tu buta kan? Aku rasa, kau pun sama-sama dah jadi buta sebab
cinta buta kau tu. Kalau kau nak Hisyam, bersedialah untuk bermadu. Kalau kau
tak nak bermadu, tinggalkan Hisyam. Cari, lelaki bujang yang bersepah lagi kat
luar sana tu. Dah malam ni. Mata aku pun dah mengantuk. So, aku masuk tidur dulu,”
Maisara tidak menjawab. Dia cuma
memandang Anis berlalu. Kata-kata Anis terngiang-ngiang di telinga. Tidak
mungkin. Dia tidak percaya. Kata-kata
Anis cuma satu andaian yang meleset. Dia tidak akan termakan dengan pendapat
itu. Tetapi, selintas apabila dia teringatkan kemesraan Hisyam dan isterinya di
restoran tempoh hari, kata-kata Anis kembali mengganggu fikirannya. Membuat
kepalanya semakin sarat dengan rasa curiga. Membuat hatinya kembali hangat
dengan rasa cemburu.
****
No comments:
Post a Comment