KUSERU RINDU ITU

KUSERU RINDU ITU
Perkahwinan itu tiada kekurangan langsung.Hisyam bahagia menjadi suami kepada Idayu dan Idayu sepuluh kali bahagia bergelar isteri kepada lelaki yangdicintai sepenuh jiwanya itu, walau perkahwinan mereka bukan berlandaskan perasaan cinta pada mulanya. Kebahagiaan hampir menjadi sempurna dengan kehadiran seorang anak lelaki yang cukup keletah. Namun di pihak Hisyam, bagai ada satu kekosongan di hatinya. Kekosongan yang dia rasakan perlu diisi dengan kehadiran seorang gadis manis bernama Maisara. Maisara mengajarnya erti rindu. Maisara juga berjaya membawa debar di hatinya apabila mata saling bertaut. Yakin, itu adalah cinta yang dia cari, Hisyam nekad mahu bersama dengan Maisara. Namun… satu hakikat yang mula dia sedar, desakan demi desakan daripada Maisara agar Idayu disingkirkan di antara mereka, telah membuka satu dilema baru. Walau dia yakin hubungannya dengan Idayu hanya berlandaskan rasa tanggungjawab, satu kenyataan yang perlu dia hadapi… dia tidak mampu untuk berpisah dengan Idayu. Lalu, benarkah ada cinta yang mekar di hatinya untuk Maisara, dan benarkah juga hubungannya dengan Idayu hanya kerana tanggungjawab semata-mata? Mampukah dia menerima hancur sekeping hati milik Idayu dengan kecurangannya dan mampukah Maisara terus membawa bahagia di jiwanya? Siapakah sebenarnya yang benar-benar dia cinta?

“Saya sendiri tak pernah sangka Idayu boleh jadi sekeras ini. Salah saya, terlalu yakin dengan kelembutan dia. Dia tak pernah melawan. Dia selalu patuh dan mengalah pada saya. Selalu buat saya berasa dia akan selalu akur pada saya. Sekali terkena, terduduk saya. Rupa-rupanya saya masih belum kenal betul-betul siapa Idayu,”

Thursday, August 11, 2011

BAB 12


BAB 13






            Shahrul leka memerhati gelagat seorang anak kecil yang petah bertanya itu dan ini pada ibunya. Gerak-geri anak kecil itu begitu memikat hatinya. Mimik muka anak kecil itu juga begitu menghiburkan hatinya. Membuat hatinya semakin meronta-ronta untuk mempunyai anak sendiri. Dia mengukir senyum pada wanita yang berkemungkinan ibu kepada anak kecil itu. Tidak sedar dalam keasyikan memerhati, rupa-rupanya dia sendiri turut diperhati. Wanita itu turut tersenyum sambil membuat isyarat agar anaknya berhenti berceloteh. Anak kecil itu meniru gaya ibunya sambil ketawa mengekek. Shahrul tersenyum sendiri melihat gelagat itu.
            “Hai, abang… kenapa senyum sorang-sorang ni?,”
            Shahrul mengangkat muka. Juita tercegat di hadapannya. Dia tersengih sambil membetulkan duduk. Juita melabuhkan punggung ke kerusi. Matanya masih melekat pada wajah Shahrul. Menanti jawapan dari suaminya.
            “Mana ada senyum sorang-sorang? Abang tengah tackle awek tu,”ujar Shahrul sambil memuncungkan mulutnya. Juita memandang ke arah yang ditunjuk oleh Shahrul. Matanya bulat memandang wajah Shahrul.
            “Nak kena belasah ke? Itu kan isteri orang,”usik Juita tersenyum. Dia tahu suaminya sekadar bergurau.
            “Bukan tackle maknya. Tackle anak daranya tu. Comel sangat,’
            Juita kembali memandang ke arah sepasang suami isteri yang sudah pun berlalu dari meja mereka. Dia memandang pula wajah comel budak perempuan yang terkedek-kedek berjalan sambil dipimpin ibunya.
            “Comel kan?,”soal Shahrul sambil tersenyum. Juita mengangguk sambil membetulkan rambutnya yang ditiup angin.
            “Abang nak lima orang anak comel macam tu,”
            Juita jegilkan mata. Shahrul tersengih.
            “Tak sampai lima pun, tak apa. Tiga , boleh?,”
            Juita jelirkan lidah sambil tersenyum malu. Shahrul tergelak senang.
            “Belum order ke?,”Juita bertanya apabila melihat mejanya masih kosong.
            “Dah. Belum sampai. Apa Ita buat lama sangat dalam bilik air tu?,”
            Juita tersengih tiba-tiba.
            “Kak Ayu telefon,”
            “Oh… Patutlah lama. Muka pun dah berseri-seri. Tadi monyok aje. Apa yang Ita bualkan dengan Kak Ayu, sampai muka berseri-seri macam ni?,”
            “Ini yang Ita tak sabar nak cerita ni,”
            “Amboi… isteri abang. Kenapa tiba-tiba dah jadi macam mami jarum ni?,”
            “Abang! Nak dengar ke tak ni?,”terjerit kecil Juita mendengar kata-kata Shahrul. Shahrul tergelak.
            “Okay…Okay… ceritalah. Abang dengar,”ujar Shahrul berlagu. Juita tersenyum lebar. Tidak sabar ingin berkongsi cerita.
            “Kan semalam Ita ada cakap kat abang, suara Kak Ayu macam sedih saja masa Ita call,”
            “Ya. Pasal anniversary tu kan?,”
            Yes. Rupa-rupanya bukan abang Hisyam sibuk sangat sampai lupa ulangtahun perkahwinan mereka. Abang Syam sengaja buat macam tu sebab dia nak buat surprise untuk Kak Ayu,”
            Surprise? Surprise apa?,”soal Shahrul berminat.
            “Ita tak boleh nak bayangkan. It’s so romantic. After seven years, abang Syam masih layan Kak Ayu seromantik tu. Jelous Ita dengar tau,”
            “Apa yang dah Hisyam tu buat ni? Sampai isteri abang pun boleh jelous ni?,”
            Candle light dinner. Mawar kuning dan putih yang memenuhi segenap ruang di rumah Kak Ayu. Rantai kesukaan Kak Ayu yang dibeli senyap-senyap. Bilik tidur yang berubah jadi bilik sang puteri. What do you think? Romantic kan?,”
            Shahrul mengangguk sambil tersenyum. Dia benar-benar tidak faham dengan sikap Hisyam. Kalau tiada rasa cinta, apa maksud cerita yang baru Juita sampaikan itu? Hanya orang yang sedang dilamun cinta sahaja yang akan membuat segala yang telah Hisyam lakukan itu.
            “Abang pun, tak pernah buat kat Ita macam tu,”rajuk Juita manja. Shahrul tersenyum sambil mencubit pipi isterinya.
            “Tunggu ulangtahun perkahwinan kita yang ketujuh, abang buat macam tu juga. Okay sayang?,”
            Juita mencebik. Dia ingin menyambung celotehnya, tetapi hasratnya dibatalkan apabila pelayan restoran tiba di mejanya bersama makanan yang dipesan.
            “Ita ingat janji tu tau,”ujarnya setelah pelayan restoran berlalu. Shahrul tergelak kecil.
            “Apa lagi yang Kak Ayu cerita pada Ita?,”Shahrul bertanya separuh menyelidik. Ingin tahu perkembangan rumahtangga Idayu. Juita menggeleng sambil menyedut minuman  di hadapannya.
            That’s mine, sayang,”Shahrul bersuara lagi apabila melihat Juita leka menghirup jus epal yang dia pesan.
            “Hah? Sorry…,”
            “Tak apalah. Abang ambil yang ni,”
            Shahrul menarik gelas besar berisi jus mangga. Juita tersengih sambil menikmati kembali minumannya.
            “Oh ya, lupa nak cakap. Hujung minggu ni, Kak Ayu dengan Abang Hisyam datang sini. Kak Ayu nak pergi majlis kahwin bestfriend dia, Kak Mieza. Abang kenal kan?,’
            Shahrul mengangguk.
            “Hujung minggu ni?,”soalnya meminta kepastian.
            Juita mengangguk. Shahrul diam. Perlahan dia menyuap mee goreng ke mulut sambil Juita memilih-milih sotong di dalam mangkuk mee tomyamnya lalu diletakkan ke dalam pinggan mee goreng kepunyaan Shahrul.
            “Alamak! Abang lupa nak cakap, tak payah masukkan sotong. Sorry sayang,”Shahrul bersuara sambil menepuk dahi. Lupa isterinya tidak suka sotong.
            Juita cuma menjeling sekilas sambil terus mengacau mee di dalam mangkuk. Mencari-cari kalau-kalau ada lagi sotong yang terselit di situ.
            “Juita… Juita, right?,”
            Suara itu mengganggu konsentrasi Juita. Dia mendongak. Shahrul turut mendongak. Mancari gerangan pemilik suara yang memanggil nama isterinya itu.
            “Ya, betul. You’re Juita. Juita apa khabar?,”
            Juita tergamam seketika. Terkejut dengan pertemuan yang tidak dijangka itu.
            “Abang Borhan. Si..hat. Saya sihat,”Juita menjawab dengan nada sedikit tersekat-sekat. Tidak sangka dia akan bertemu dengan Borhan di sini. Setahunya, Borhan berada di Pulau Pinang.
            “Lama tak jumpa. Juita semakin cantik,”
            Juita tersenyum kelat. Dia memandang wajah Shahrul yang sedikit kehairanan.
            “Abang Borhan buat apa kat sini? Abang sekarang, kat Pulau Pinang, kan?,”
            “Abang ditukarkan ke sini,”
            Shahrul berdehem perlahan apabila terasa dia seakan dilupakan dalam perbualan antara isterinya dengan seorang lelaki asing yang dia tidak kenal.
            “Oh… lupa. Kenalkan, suami Ita. Shahrul. Abang, ini Borhan,”Juita bersuara. Menyedari ketidakselesaan Shahrul apabila dia sedikit terabai.
            “Hai…apa khabar?,”sapa Borhan mesra sambil berjabat tangan dengan Shahrul.
            Fine. Thank you,”balas Shahrul turut tersenyum. Melihat riak wajah Juita yang jelas terkejut dan riak lelaki bernama Borhan yang cukup ceria, hatinya tertanya-tanya tentang hubungan Juita dengan lelaki itu. Lebih –lebih lagi apabila melihat Juita gelisah dengan kehadiran lelaki ini
            “Kak Ayu apa khabar?,”Borhan bertanya lagi.
            “Kak Ayu sihat. Sihat sangat-sangat. Tinggal dengan suaminya di Shah Alam. Dia sihat… dan bahagia. Bahagia sangat,” Juita menjawab dengan nada sedikit beremosi. Marahnya pada Borhan masih bersisa rupanya. Borhan telah menyakiti hati kakaknya. Borhan tersenyum pahit. Dia tahu Juita menyindirnya.
            “Suka abang dengar Kak Ayu bahagia,”
            “Jangan risau bang. Dia sangat bahagia,”
            Borhan tersenyum kelat.
            “Abang pergi dulu. Maaf mengganggu ya?,”
            It’s okay,”balas Juita dengan senyuman yang tidak begitu ikhlas. Borhan berlalu. Dan , Juita menarik nafas lega.
            “Boleh tahan hadsomenya. Siapa tu? Exboyfriend ke?,”soal Sharul sedikit kurang senang. Juita tersenyum panjang.
            Jealous ya?,”Juita bertanya sambil tersenyum nakal. Hatinya berbunga gembira. Bukan selalu dia boleh melihat Shahrul cemburu. Sifat ceria dan suka melawak, sentiasa menutup reaksi cemburu lelaki itu. Sifat sentimentalnya sentiasa tersembunyi di sebalik gelak dan tawanya.
            You are my wife. Abang berhak untuk berasa cemburu kan?,”
            Juita tergelak lagi.
            “Sukanya,”
            “Suka apa pula?,”soal Shahrul sedikit hairan.
            “Suka bila abang cemburu kat Ita,”
            Shahrul tersenyum mendengar jawapan Juita.
            So, who’s that guy?,”
            “Lelaki tu? Bekas boyfriend Kak Ayu,”
            Shahrul terlopong.
            “Ya ke? Abang tak tahu pun. You mean, sebelum Kak Ayu berkahwin dengan Hisyam, dia bercinta dengan Borhan?,”
            Juita mengangguk sambil menjamah makanannya.
            “Ita tak pernah cerita pun,”
            “Tak penting pun. Itu sejarah lama,”
            “Mereka berpisah sebab perkahwinan Kak Ayu dengan Hisyam ke?,”soal Shahrul ingin tahu.
            Juita menggeleng.
            “Ceritalah. Abang nak dengar,”
            “Cerita apa?,”
            “Kisah cinta Kak Ayu,”
            Juita memandang wajah Shahrul. Suapannya terhenti.
            “Apa yang abang nak tahu?,”
            “Apa yang Ita nak ceritalah,”jawab Shahrul sambil mengangkat kening.
            “Abang Borhan tu… berkawan dengan Kak Ayu sejak dia orang belajar lagi. Ita saja yang tahu. Itu rahsia kami berdua. Abah dengan mama tak tahu. Mereka cuma tahu, Abang Borhan tu, kawan karib Kak Ayu,”
            “Kenapa? Kenapa rahsiakan?,”
            “Sebab abah. Sejak Kak Ayu tingkatan tiga, abah dah warning Kak Ayu. Kak Ayu boleh buat apa saja, kecuali satu perkara. Kak Ayu tak boleh bercinta. Tak boleh langsung. Bila Kak Ayu masuk universiti, abah beri sebentuk cincin pada Kak Ayu. Abah suruh Kak Ayu sentiasa pakai cincin tu. Kak Ayu pakailah. Mana tahu rupa-rupanya cincin tu cincin pertunangan Kak Ayu dengan Abang Syam,”
            “So, Kak Ayu dengan Borhan. Macam mana hubungan mereka?,”
            “Mereka bercinta dari mula masuk university sampailah tamat pengajian. Lepas belajar, Abang Borhan kerja di sini. Tak sampai setahun kerja, Abang Borhan pindah ke Penang. Tolong business family dia di sana. Kak Ayu pula… tak lama selepas Abang Borhan ke Penang, Abah beritahu Kak Ayu tentang pertunangan dia dengan Abang Hisyam. Kak Ayu terkejut sangat. Kasihan Kak Ayu masa tu,”
            Then?,”soal Shahrul, berminat untuk mengetahui kisah selanjutnya.
            “Kak Ayu sendirian. Tak tahu apa yang patut dia lakukan. Abang Borhan pula, terus menyepi. Dia langsung tak hubungi Kak Ayu. Puas Kak Ayu cuba call dia, tapi, tak dapat. Akhirnya Kak Ayu berterus-terang dengan abah. Abah marah betul pada Kak Ayu. Bila Kak Ayu nekad cakap dia tak nak kahwin dengan Abang Hisyam, abah dapat serangan jantung. Kak Ayu betul-betul tertekan masa tu. Dia cintakan Abang Borhan, tapi, dia tak nak apa-apa yang buruk menimpa abah,”
            Shahrul terus menjadi pendengar yang setia. Kisah cinta Idayu adalah satu cerita baru  padanya. Hisyam tidak pernah bercerita tentang ini. Atau… barangkali Hisyam juga seperti dia. Tidak pernah tahu tentang cerita ini. Idayu berpisah dengan Borhan kerana dia terpaksa berkahwin dengan Hisyam.
            “Jadi, Kak Ayu terpaksa tinggalkan Borhan sebab arwah abah?,”
            Juita menggeleng perlahan.
            “Tak. Kak Ayu tetap cuba pertahankan hubungan dia dengan Abang Borhan. Dia call abang Borhan sampai dapat. Bila Abang Borhan datang ke sini, Kak ayu ceritakan semuanya. Kak Ayu ajak abang Borhan jumpa abah. Merayu pada abah. Tapi, Abang Borhan tak nak. Katanya, biar dia yang mengalah. Dia sedia undur diri. Dia tak nak Kak Ayu lukakan hati abah. Betul-betul menyentuh perasaan kan?,”soal Juita sambil memandang wajah Shahrul. Shahrul mengangguk perlahan.
            “Ya. Dia sanggup berkorban untuk arwah abah. Dia tak nak Kak Ayu jadi anak yang ingkar. Pada abang, kalau itulah ceritanya, he is a nice guy. Untuk membuat pengorbanan sebegitu, bukannya mudah. Lebih-lebih lagi kalau melibatkan orang yang amat kita cintai,”
            Juita tergelak sinis. Membuat Shahrul sedikit hairan.
            “Ya. Itulah yang dia cuba buat. Cuba untuk menjadi seoarang lelaki yang amat mulia di mata semua orang. Padahal Abang Borhan tu, manusia paling teruk. Dia menangguk di air keruh. Ambil kesempatan pada rasa serba salah Kak Ayu,”
            “Maksud Ita?,”
            “Dia ada perempuan lain sebenarnya. Ita terserempak dia dengan kekasihnya. Masa tu, Ita belajar kat USM. Ita beritahu Kak Ayu. Kak Ayu sanggup lupakan kecurangan Abang Borhan, dan panggil abang Borhan datang bersemuka dengan Abah. Dia sanggup lupakan semua tu, semata-mata nak hidup dengan Abang Borhan. Abang Borhan pula, minta Kak Ayu tinggalkan dia, semata-mata tak mahu hati abah terluka. Tak mahu Kak Ayu jadi anak derhaka kononnya. Padahal, dia pengecut. Tak berani nak berterus- terang tentang  hatinya yang dah beralih arah. Dia minta putus dengan Kak Ayu, dengan alasan Kak Ayu sudah menjadi tunangan orang. Kasihan Kak Ayu. Dia sangat megharapkan abang Borhan. Tapi, abang Borhan sanggup buat dia macam tu. Tipu Kak Ayu macam tu,”
            Shahrul tergelak kecil. Mentyesal dengan tanggapan baiknya terhadap Borhan sebentar tadi. Ternyata kesimpulan yang dia buat sebentar tadi, adalah silap.
            “Lepas tu, apa terjadi?,”
            “Kak Ayu kecewa sangat. Marah sangat. Dia nekad nak kahwin dengan Abang Hisyam dan buktikan dia boleh hidup bahagia walaupun tanpa Abang Borhan. Sejak hari tu, kami terus putus hubungan dengan Abang Borhan. Cuma, tadi… tiba-tiba dia muncul depan kita. Itulah ceritanya,”
            Shahrul menarik nafas panjang. Berliku juga kisah cinta Idayu.
            “Nampaknya abang kena tarik balik pujian abang tadi. Kan?,”
            “Tahu tak apa.”ujar Juita sambil mencebik. Dia kembali tunduk menikmati mee tomyam di hadapannya. Shahrul pula, termenung memproses kembali cerita yang baru Juita sampaikan padanya itu. Cerita baru yang amat menarik.



****

No comments:

Post a Comment

BAGAIMANA UNTUK MENDAPAT NOVEL INI?

Untuk mengetahui kesudahan kisah ini, segera dapatkan KUSERU RINDU ITU di rangkaian kedai buku MPH, Popular dan kedai-kedai berdekatan anda.

Anda juga boleh terus melanggan dengan Kaki Novel Enterprise melalui online ataupun pos. Untuk melanggan melalui online, sila layari laman web kami di:- www.kakinovel.com. Untuk melanggan melalui pos, anda hanya perlu tuliskan nama, alamat lengkap, no. telefon, tajuk novel yang ingin dilanggan dan jumlah naskhah berserta wang pos/ kiriman wang atas nama:-

KAKI NOVEL ENTERPRISE

dan poskan ke alamat berikut:-

Kaki Novel Enterprise

No. 33-2, Jalan Wangsa Delima 12,

D’Wangsa, Wangsa Maju,

53000 Kuala Lumpur.

No. Telefon:- 03-4149 0096 begin_of_the_skype_highlighting 03-4149 0096 end_of_the_skype_highlighting

No. Faks:- 03-4149 1196